Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat bandar baharu, Rabu lepas.<br /><br />Ketua Polis Kedah, CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.